Malam hujan dan gelap sepanjang perjalanan dari Bengkayang ke Singkawang.
Saya pandu dengan slow sebab jalan berbengkok-bengkok dan kurang lebar. Kalau masa dulu sangat banyak lobang di jalan, sekarang sudah kurang lobang.
Saya juga lihat lobang-lobang tengah pun kurang di Dorod Mendering. Dulu banyak di tepi jalan, di rumah yang agak gelap, tetapi musik kuat.
Baiknya hujan ialah kurang motosikal dan pejalan kaki di jalan raya. Bahaya pun diminimalkan.
Memandu menaiki dan turun Dorod Mendering dalam suasana gelap dan hujan adalah sangat mencabar. Nasib baik Iswara Dr Brian itu yang sudah berumur 14 tahun, is well maintained dan tidak bermasalah.
Sampai di Singkawang sudah jam 11 malam. Kami terus menuju ke restaurant kesukaan saya, Restaurant Ah Heng. Tidak lama, Pak Arberson pun datang.
Pak Arberson, walaupun sudah bersemangat nak buat business MonaVie, lebih suka memperkenalkan MonaVie kepada teman-teman nya secara 'Road Show', manakala kami lebih suka secara 'table talk' dengan dua atau tiga prospect.
'Road Show' bagus kalau sudah banyak member. Kami kan baru nak memperkenalkan kepada Singkawang, itu sebab kami lebih suka 'table talk'. Apabila sudah ada beberapa 'leaders', barulah kita buat 'Road Show'.
Tetapi Pak Arberson, a lawyer, sangat yakin bisa kumpul ramai prospect. Jadi kami pun setuju dengan idea 'Road Show' pada 16 Oct 2010.
Kami check-in di Hotel Pratapan, hotel 4 tingkat, dimana tingkat bawah untuk administrasi, tingkat 1 dan 2 untuk manusia, dan tingkat 3 untuk burung.
Nampaknya penghuni burung bayar sewa lebih mahal daripada penghuni manusia. Burung tidak complain, tidak perlu room service, tidak perlu urut, tidak perlu cewek dan tidak perlu room maintainance.
Staff hotel ini sangat jujur. Semasa perlantikan Bupati Pak Gidot, saya tertinggal beg saya. Saya hanya sedar nasib buruk itu setelah sampai Seluas. Saya call, dan receptionist jawap bahawa beg saya sudah diamankan.
Lalu saya catar ojek motor dari Seluas ke Bengkayang. Di Bengkayang, Pak Bupati suruh Pak Robert hantar saya ke Singkawang mengunakan Toyota Common Rail beliau. Malam itu terus pulang ke Bengkayang juga.
Kalau nak check-in ke hotel Paratapan lain kali, call Pak Arberson. Beliau bisa kurangkan 30% dari rate yang biasa.
Tetapi, mungkin hanya untuk member MonaVie! Tanya beliau. Hehehe....
Pak Arberson, pemilik Restaurant Maitreya Kedai Makan Vegetarian dan Dr Brian, berbincang tentang makan sihat dan MonaVie

No comments:
Post a Comment