Wednesday, October 13, 2010

Big crowd in Sanggau

Tengah hari 30 Sept 2010, kami pun memandu ke Sanggau via Ngabang. Feby dan Ibu Tini sudah tetapkan pertemuan pada jam 7.30 malam di Paroki Catholic.

Nasib baik, tidak seperti masa lalu, jalan lama agak baik, tidak berlobang-lobang lagi dan agak sepi. Bisalah kami memandu dengan laju. Ramai kenderaan besar sekarang guna jalan Sosok-Ambawang.

Kami stop di Sei Penyuh untuk lunch. Di depan kedai dimana kami park kereta, mereka tidak jual makanan yang freshly cooked. Kami pun pergi ke kedai lain. Sambil tunggu makanan siap, datanglah pengamil (mobile guitar entertainers). Setelah I bayar Rp20,000 kepada teman pemain guitar, mereka pun stop menyanyi dan pergi, mungkin sebab tak ada customer lain.

Dengan senyum towkay nio komen, "Lain kali kasih uang selepas habis nyanyi bang". "Mereka kan nak kejar bis yang baru sampai tu", tambah beliau, sambil tunjuk kepada bis yang penuh yang baru sampai.

"Mungkinkah bapa saya dulu pernah nakal di Sei Pinyuh. Mengapa saya ada adik di Sei Pinyuh?", saya bergurau dengan Dr Brian. Dr Brian tak faham. Yang senyum ialah WKL.

Apabila kami nak masuk ke Iswara, towkay nio kedai pun marah dan suruh kami beli barang di kedainya. "Masak boss parkir ke sini, tapi makan di warong lain!", dia bilang dengan suara yang kuat. Saya jawab,  "Sebapnya ialah ibu tidak menjual makanan yang kami mahu".

Melihat banyak lalat dan debu dari mobil, kami memang pilih makanan yang freshly cooked. Terpaksalah saya beli 3 botol aqua, walaupun di boot mobil masih ada satu kotak aqua bottle besar.

Kami langsung drive ke Sanggau. Kami stop sekejap di Ngabang isi premium.

Kami sampai di Sanggau jam 7.00 malam. "Look man, we are almost late. We have only half an hour to get ready", saya cakap dengan teman. Saya terus drive ke paroki, di mana Ibu Tini pun sedang siap sedia.

"Sorry bu, kami agak lambat, walaupun kami stop satu kali", saya cakap dengan Ibu Tini.

"Ngak apa Pak Lim. Kan masih ada satu setengah jam lagi", Ibu Tini jawap. WKL pun ketawa.

Iya, saya lihat jam di Iswara, waktu Sarawak. Nyesal saya drive dengan laju disepanjang jalan tadi.

Kami pun set up PA system, projector, dan pergi ke hotel, ambil kamal dan mandi.

Wah! Ibu Tini dan Feby memang hebat. Walaupun keputusan meeting ialah tadi pagi jam sembilan, tetapi tempat itu sudah siap sedia.

Feby (left) belajar bagaimana nak operate MonaVie Virtual Office, dengan Dr Brian. Feby adalah berbakat dan mempunyai ibubapa yang sangat supportive dan bersemangat. Feby ada masa depan yang cerah di MonaVie. 

Dari kiri, belakang: Pak Fransiskus, WKL, dan Pak Lim, bersama Pak Bupati Hj Setiman dan isteri beliau, di depan rumah beliau di Sanggau.

No comments:

Post a Comment