Wednesday, October 27, 2010

Live Locally, Think Globally

That is what MonaVie is. Global company. Global product. Global market. Global network. So you can live locally, yet think globally.

Meet Larry Titus. Both Larry and Devi Titus are the founders of Kingdom Global Ministeries. The purpose of Kingdom Global Ministeries is to relationally train, resource and release global leaders.

Their ministry combines discipleship principles with kingdom priorities, so that the Gospel can be proclaimed with the power and effectiveness globally.

Due to his interest and commitment to good health and wealth for his friends, Mr Larry Titus is also a MonaVie Distributor.

Thursday, October 14, 2010

MonaVie presentation in Sanggau

Pada jam 7.00 malam waktu KalBar, kami pun sudah siap bersedia. Ibu Tini sudah sediakan kerusi, meja, minuman dan juga makanan ringan.

Jam 8.00 malam, sekitar 55 orang pun sudah hadir, termasuk minus-one keyboardist, Pak Sumadi, wartawan DAD, Ibu Aspandi, Ibu Elizabeth dan beberapa teman lain. Kebanyakan hadirin ialah perempuan, mungkin sebab Ibu Tini ialah timbalan ketua Perempuan Dayak Sanggau.

Yang menariknya, walaupun function ini dianjurkan oleh Perempuan Dayak di facilitas gereja, tetapi juga ada beberapa hadirin yang Muslim. Memang hebat Ibu Tini ni, bisa membawakan mereka bersama. Inilah semangat MonaVie: berbilang kaum, berbilang ugama dan berbilang warna sesama hati.

Seperti yang dirancangkan, presentation itu dipendekkan, risau hadirin menjadi boring disebabkan masalah bahasa Dr Brian. Lepas itu kami galakkan hadirin tanya soalan, buat diskusi secara person to person.

Febi did a good job, trying to bring the message across to us by translating the questions into English. Thanks Feby.

Pada hujungnya, kami menjadi lebih informal. Feby menyanyi dua lagu. Ada tiga lagi ibu menyanyi dan berjaya membawa teman-teman lain menari. Memang happy suasana itu.

Kami akan datang lagi, dan untuk kali ini, akan lebih tumpu kepada table talk dengan prospect. Kami juga akan mengajar prospect bagaimana nak operasi Virtual Office, key-in member baru, payment, transfer of fund dan sebagainya.

Kami adjourned ke rumah Ibu Tini, untuk perbincangan lebih lanjut. Dr Brian ambil kesempatan ini untuk mengajar Feby bagaimana operasi MonaVie Virtual Office.


Dr Brian (left) with Pak Firmus (right)

Sebahagian daripada hadirin










 
Dr Brian and WKL on stage
  
Berdansa selepas presentasi


 
With Febriana (left)


Wednesday, October 13, 2010

Big crowd in Sanggau

Tengah hari 30 Sept 2010, kami pun memandu ke Sanggau via Ngabang. Feby dan Ibu Tini sudah tetapkan pertemuan pada jam 7.30 malam di Paroki Catholic.

Nasib baik, tidak seperti masa lalu, jalan lama agak baik, tidak berlobang-lobang lagi dan agak sepi. Bisalah kami memandu dengan laju. Ramai kenderaan besar sekarang guna jalan Sosok-Ambawang.

Kami stop di Sei Penyuh untuk lunch. Di depan kedai dimana kami park kereta, mereka tidak jual makanan yang freshly cooked. Kami pun pergi ke kedai lain. Sambil tunggu makanan siap, datanglah pengamil (mobile guitar entertainers). Setelah I bayar Rp20,000 kepada teman pemain guitar, mereka pun stop menyanyi dan pergi, mungkin sebab tak ada customer lain.

Dengan senyum towkay nio komen, "Lain kali kasih uang selepas habis nyanyi bang". "Mereka kan nak kejar bis yang baru sampai tu", tambah beliau, sambil tunjuk kepada bis yang penuh yang baru sampai.

"Mungkinkah bapa saya dulu pernah nakal di Sei Pinyuh. Mengapa saya ada adik di Sei Pinyuh?", saya bergurau dengan Dr Brian. Dr Brian tak faham. Yang senyum ialah WKL.

Apabila kami nak masuk ke Iswara, towkay nio kedai pun marah dan suruh kami beli barang di kedainya. "Masak boss parkir ke sini, tapi makan di warong lain!", dia bilang dengan suara yang kuat. Saya jawab,  "Sebapnya ialah ibu tidak menjual makanan yang kami mahu".

Melihat banyak lalat dan debu dari mobil, kami memang pilih makanan yang freshly cooked. Terpaksalah saya beli 3 botol aqua, walaupun di boot mobil masih ada satu kotak aqua bottle besar.

Kami langsung drive ke Sanggau. Kami stop sekejap di Ngabang isi premium.

Kami sampai di Sanggau jam 7.00 malam. "Look man, we are almost late. We have only half an hour to get ready", saya cakap dengan teman. Saya terus drive ke paroki, di mana Ibu Tini pun sedang siap sedia.

"Sorry bu, kami agak lambat, walaupun kami stop satu kali", saya cakap dengan Ibu Tini.

"Ngak apa Pak Lim. Kan masih ada satu setengah jam lagi", Ibu Tini jawap. WKL pun ketawa.

Iya, saya lihat jam di Iswara, waktu Sarawak. Nyesal saya drive dengan laju disepanjang jalan tadi.

Kami pun set up PA system, projector, dan pergi ke hotel, ambil kamal dan mandi.

Wah! Ibu Tini dan Feby memang hebat. Walaupun keputusan meeting ialah tadi pagi jam sembilan, tetapi tempat itu sudah siap sedia.

Feby (left) belajar bagaimana nak operate MonaVie Virtual Office, dengan Dr Brian. Feby adalah berbakat dan mempunyai ibubapa yang sangat supportive dan bersemangat. Feby ada masa depan yang cerah di MonaVie. 

Dari kiri, belakang: Pak Fransiskus, WKL, dan Pak Lim, bersama Pak Bupati Hj Setiman dan isteri beliau, di depan rumah beliau di Sanggau.

Rumah Betang Pontianak - here we come

Selepas sarapan pagi bersama Pak Arberson di Kedai Makan Maitreya, kami terus memandu menuju Pontianak.

Lihat durian di tengah jalan, kami pun stop dan beli dua buah berharga Rp75,000 per buah. Hmmmm... Nyaman.

Sebelum ini saya sudah mengurangkan pemakanan durian, disebabkan badan yang semakin gemuk. Oleh kerana saya sekarang consume MonaVie, saya sudah yakin bahawa badan saya bisa ambil durian lagi.

Selepas mandi di Kapuas Palace, kami pun terus ke Rumah Betang. Nasib juga ada Yoko. Yoko lah yang mengiringi kami ke Rumah Betang. Yoko adalah suami Juliana dari Bengkayang. Ibu Juliana adalah adik kepada abang angkat saya, Pak Petrus dari Bengkayang.

Yoko dan isteri agak minat nak buat business MonaVie, cuma mereka belum lagi bersedia disegi kewangan.

Tak lama kemudian, Pak Paulus, Pak Yakubus Kumis, Pak Thadeus dan Ibu Katharina, Pak Didi, Pak Konstantinus, Pak Agustinus Satyam dan beberapa lagi teman pun datang. Pak Herman Ivo memang sudah di Rumah Betang.

Seperti yang dinasihatkan, mereka datang dengan banyak pertanyaan. Dr Brian mengajar bagaimana nak operate virtual office, manakala saya dan WKL beri keterangan tentang produk dan marketing plan dengan lebih lanjut.

Tidak rugi hari itu: Pak Konstantinus masuk dengan dua case. Pak Agustinus pun activate akaun nya. Pak Paulus bawa dua lagi member baru, dan beli satu case Pulse lagi.

Rancangan kami pada hari itu kan lebih kepada pengajaran administrasi supaya mereka bisa berdikari.

 Makan durian ditepi jalan Singkawang-Pontianak. Rp75,000 per biji, tetapi nyaman. WKL selalu nasihakan saya supaya jangan 'brutinus'. Gala2 aroma durian, beliau pun sudah lupa 'brutinus' buat sementara waktu.
Oleh  kerana Rumah Betang tutup pada jam 9 malam, kami pun pulang awal dan dinner dengan teman WKL bernama Bunda.

WKL (dua dari kanan baju hitam) memberi keterangan berkenaan MonaVie, di Rumah Betang, Pontianak.

Wednesday, October 6, 2010

Tarakan communal unrests

30 Sept 2010, kami bersarapan pagi dengan makan vegetarian di Restaurant Maitreya, Singkawang.

Restaurant ini bersih, berbau bersih dan staff pun kelihatan bersih dan ceria. Towkay nio pun amat friendly. Kepada sesiapa yang nak makan makanan vegetarian, di tempat yang bersih dan tidak bising, pergilah ke restaurant ini. Juga ada ruang airconditioned.

Bilang sahaja teman MonaVie, siapa tahu mungkin ada discount sedikit... hehe...

Pada masa itu, pergaduhan di Tarakan pun sudah selama seminggu. Katanya pendatang Bugis buat hal dengan masyarakat Dayak. Masyarakat Dayak dipercayai adalah masyarakat asal Borneo.

Memang amat susah nak diselesaikan. Supaya lebih faham, kita perlu dengar daripada beberapa sudut.

Bagi saya, solusi yang amat effective ialah buat business MLM, seperti MonaVie. Dalam MLM kita sayang semua orang, sebab hanya dengan menyayangi orang yang kita bawa masuk ke MLM, kita bisa sukses. Kita harus buat downline atau business partner kita sukses, barulah kita bisa sukses.

Orang yang kita bawa masuk pun harus percaya dan yakin dengan kita. Kalau tidak, mana dia mahu ikut kita. Maka kita harus jujur dan berterus terang. Kita perlu jadi 'Ketua Contoh'.

Di MonaVie, kita welcome semua orang yang mahu SIHAT, CERIA, DAN ada WANG. Kita tidak peduli kalau mereka itu Muslim atau Christian atau Adat Gawai atau dari suku mana-mana pun. All are welcome.

MonaVie bisa advocate brotherhood dikalangan angota yang berbilang bangsa dan agama.

Ayo orang Tarakan. Buat business MonaVie, dan lupakan pergaduhan. Minum MonaVie lebih enak, sihat bisa bawa wang.
Angota MonaVie terdiri daripada berbilang bangsa dan agama dan berasal daripada berbagai tempat. Ada Melayu, Bugis, Dayak, Cina, India, Jawa dsb

Pak Arberson is fired up too!

Malam hujan dan gelap sepanjang perjalanan dari Bengkayang ke Singkawang.

Saya pandu dengan slow sebab jalan berbengkok-bengkok dan kurang lebar. Kalau masa dulu sangat banyak lobang di jalan, sekarang sudah kurang lobang.

Saya juga lihat lobang-lobang tengah pun kurang di Dorod Mendering. Dulu banyak di tepi jalan, di rumah yang agak gelap, tetapi musik kuat.

Baiknya hujan ialah kurang motosikal dan pejalan kaki di jalan raya. Bahaya pun diminimalkan.

Memandu menaiki dan turun Dorod Mendering dalam suasana gelap dan hujan adalah  sangat mencabar. Nasib baik Iswara Dr Brian itu yang sudah berumur 14 tahun, is well maintained dan tidak bermasalah.

Sampai di Singkawang sudah jam 11 malam. Kami terus menuju ke restaurant kesukaan saya, Restaurant Ah Heng. Tidak lama, Pak Arberson pun datang.

Pak Arberson, walaupun sudah bersemangat nak buat business MonaVie, lebih suka memperkenalkan MonaVie kepada teman-teman nya secara 'Road Show', manakala kami lebih suka secara 'table talk' dengan dua atau tiga prospect.

'Road Show' bagus kalau sudah banyak member. Kami kan baru nak memperkenalkan kepada Singkawang, itu sebab kami lebih suka 'table talk'. Apabila sudah ada beberapa 'leaders', barulah kita buat 'Road Show'.

Tetapi Pak Arberson, a lawyer, sangat yakin bisa kumpul ramai prospect. Jadi kami pun setuju dengan idea 'Road Show' pada 16 Oct 2010.

Kami check-in di Hotel Pratapan, hotel 4 tingkat, dimana tingkat bawah untuk administrasi, tingkat 1 dan 2 untuk manusia, dan tingkat 3 untuk burung.

Nampaknya penghuni burung bayar sewa lebih mahal daripada penghuni manusia. Burung tidak complain, tidak perlu room service, tidak perlu urut, tidak perlu cewek dan tidak perlu room maintainance.

Staff hotel ini sangat jujur. Semasa perlantikan Bupati Pak Gidot, saya tertinggal beg saya. Saya hanya sedar nasib buruk itu setelah sampai Seluas. Saya call, dan receptionist jawap bahawa beg saya sudah diamankan.

Lalu saya catar ojek motor dari Seluas ke Bengkayang. Di Bengkayang, Pak Bupati suruh Pak Robert hantar saya ke Singkawang mengunakan Toyota Common Rail beliau. Malam itu terus pulang ke Bengkayang juga.

Kalau nak check-in ke hotel Paratapan lain kali, call Pak Arberson. Beliau bisa kurangkan 30% dari rate yang biasa.

Tetapi, mungkin hanya untuk member MonaVie! Tanya beliau.  Hehehe....

Pak Arberson, pemilik Restaurant Maitreya Kedai Makan Vegetarian dan Dr Brian, berbincang tentang makan sihat dan MonaVie

MonaVie goes to Bengkayang.

Oleh sebab CU Lantang Tipo ada kegiatan sepanjang dua minggu ini, meeting kami bersama mereka pun dibatalkan. Maka rancangan kami nak ke Bodok pada tanggal 27 Sept 2010 pun di batalkan juga.

Kami pun bersedia nak pergi terus ke Singkawang pada 28 Sept 2010. Malangnya, surat mobil Dr Brian hilang. Jadi pada hari itu, Dr Brian berusaha membuat laporan polis tentang kehilangan dokumen itu dan berurusan dengan JPJ untuk dapat dokumen baru. Mobil saya masih di workshop, setelah dibawa accident oleh putera saya, Jr.

Pada 29 Sept 2010, Dr Brian, WKL dan saya pun terus memandu ke Singkawang, via Tebedu, Sosok, Ngabang dan Bengkayang.

Di Sosok, WKL dan saya enjoy makanan perut babi campur nenas, manakala Dr Brian makan tiga jenis sayur. Beliau adalah vegetarian. Memandangkan saya sudah consume MonaVie selama dua bulan, saya sudah kurang takut nak makan daging, walaupun WKL sentiasa mengingatkan saya supaya jangan glutoni.

Di Bengkayang, Pak Robert pun sudah tunggu di restaurant Melayu, sebab tempat itu luas, sepi dan kawasan parkir juga luas.

Setelah beliau dan saya selesai berbincang business lain, Dr Brian pun sambung dengan memperkenalkan peluang business MonaVie kepada beliau.

Agak tertarik, beliau pun panggil Pak Obaja. Pak Obaja dan beliau adalah teman alkrab, mungkin itu sebab Pak Obaja dipanggil.

Rumusannya, mereka berdua agak tertarik dengan business MonaVie, dan akan menyusul pada masa hadapan.

Sudah jam 7.30 malam, kami pun sambung memandu ke Singakawang.